Ciri-ciri SCALP EG

Peluru berpandu ini mempunyai jarak sekitar 560 km (300 nmi; 350 bt),[8] yang dikuasai oleh sebuah turbin jet pada kelajuan Mach 0.8 dan boleh dibawa oleh pesawat Tornado GR4 Tentera Udara Diraja, Tornado IDS Itali, Saab Gripen, Dassault Mirage 2000 dan Dassault Rafale.[9] Storm Shadow juga telah diintegrasikan dengan pesawat Eurofighter Typhoon sebagai sebahagian dari Phase 2 Enhancement (P2E) pada tahun 2015,[10][11] tetapi tidak akan digunakan pada pesawat F-35 Lightning II.[12] Kepala peledak BROACH mempunyai sebuah peluru penembus awal untuk membersihkan tanah atau memasuki kubu, kemudian sebuah fiuz tertunda boleh-ubah untuk mengawal letupan kepala peledak utama. Berat peluru berpandu sekitar 1,300 kilogram (2,900 lb), dengan ukur lilit badan maksima 48 sentimeter (19 in) dan rentang sayap 3 meter (120 in). Antara sasaran adalah markas arahan, kawalan dan komunikasi; lapangan terbang; stesen janakuasa dan pelabuhan; simpanan amunisasi; kapal permukaan dan kapal selam di pelabuhan; jambatan dan sasaran-sasaran strategik bernilai tinggi lain.[9]

Ia merupakan sebuah peluru berpandu jenis "tembak-dan-lupa", yang mana akan diprogram sebelum pelancaran. Setelah dilancarkan, peluru berpandu ini tidak boleh dikawal atau diarahkan untuk memusnahkan diri sendiri dan maklumat sasarannya tidak boleh diubah. Para perancang misi akan memprogram peluru berpandu dengan sasaran pertahanan udara dan sasaran. Peluru berpandu akan mengikut laluan dalam fungsi separa-autonomi, laluan penerbangan aras rendah dengan panduan GPS dan pemetaan muka bumi sehingga ke kawasan sasaran.[13] Apabila hampir ke sasaran, peluru berpandu mendaki dan kemudian bunt sebelum membuat satu junaman. Pendakian ke altitud bertujuan untuk mencapai kebarangkalian terbaik untuk mengenal pasti dan menembusi sasaran. Semasa bunt, kon muncung akan ditanggalkan untuk sebuah kamera thermografi resolusi tinggi (panduan infra merah) untuk memerhati kawasan sasaran. Peluru berpandu ini kemudian cuba untuk mencari sasarannya berdasarkan maklumat sasaran yang telah diprogram (DSMAC). Sekiranya gagal, dan terdapat risiko kemusnahan kolateral yang tinggi, ia akan terbang ke titik terhempas bukannya merisikokan ketidak tepatan.[14]

Peningkatan terkini termasuk keupayaan untuk menghantar maklumat sasaran sebelum hentaman, penggunaan pautan data sehala (link back), dan penghantaran maklumat penilaian kerosakan pertempuran kembali ke pesawat. Tingkat upaya ini telah dibangunkan di bawah sebuah kontrak DGA Perancis. Ciri lain yang dirancang adalah untuk memasukkan keupayaan perubahan sasaran semasa penerbangan dengan menggunakan sebuah pautan data dua hala.[15] Storm Shadow akan diperbaharui dibawah projek peluru berpandu Selective Precision Effects At Range 4 (SPEAR 4).[16]

Beberapa laporan mencadangkan bahawa sebuah versi dengan keupayaan yang dikurangkan bagi memenuhi halangan Rejim Kawalan Teknologi Peluru Berpandu (MTCR) telah dicipta untuk tujuan eksport, contohnya ke Emiriah Arab Bersatu.[17][18][19]

Rujukan

WikiPedia: SCALP EG http://airrecognition.com/index.php?option=com_con... http://www.aviationweek.com/aw/blogs/defense/index... http://www.aviationweek.com/aw/blogs/defense/index... http://www.aviationweek.com/aw/generic/story_gener... http://www.defense-aerospace.com/article-view/rele... http://defense-update.com/products/s/storm-shadow.... http://www.defense-update.com/products/s/storm-sha... http://www.defensenews.com/articles/uk-supplied-pr... http://www.defensenews.com/story.php?i=8567271&c=A... http://www.defensenews.com/story/defense/air-space...